Merafak Sembah dan Menjunjung Setinggi-tinggi Kasih atas perkenan Tuanku Sultan Kedah dalam merasmikan Aurelius Hospital Alor Setar

Aurelius Hospital Alor Setar dengan penuh hormat dan takzimnya merafak sembah dan menjunjung setinggi-tinggi kasih atas limpah perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Sultan Negeri Kedah Darul Aman, dalam menyempurnakan Majlis Perasmian Aurelius Hospital Alor Setar.

Majlis perasmian ini menjadi simbol jalinan erat antara Aurelius Hospital Alor Setar dan komuniti setempat, seiring dengan komitmen kami dalam memperkukuh pembangunan sektor kesihatan di Kedah. Semoga hospital ini terus menjadi pusat perubatan pilihan yang memberikan perkhidmatan terbaik kepada masyarakat.

Berangkat hadir sama Tunku Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Shazuddin Ariff Ibni Sultan Sallehuddin dan Tunku Puan Mahkota Kedah, Duli Yang Amat Mulia Tunku Che Puan Nur Julie Ariff.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Kesihatan Negeri, Mej (B) Mansor Zakaria; Mufti Negeri Kedah, Dato' Paduka Dr. Syeikh Fadzil Awang; Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Pengerusi Aurelius Healthcare, Dato' Amir Firdaus Abdullah; Pegawai Daerah Kota Setar, Dato' Hakim Ariff Md Noor; Pengerusi Eksekutif Teguh Harian, Mr. Peh Lian Hwa dan Ketua Pegawai Eksekutif Aurelius Hospital Alor Setar, Mr. Tan Weng Teik.