Kami dengan sukacitanya mengumumkan perasmian naik taraf Bilik Sakit di Sekolah Menengah Sains Tuanku Aishah Rohani, hasil sumbangan Aurelius Hospital Negeri Sembilan. Majlis ini telah dirasmikan oleh D.Y.M.M Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud.
Naik taraf yang telah dilakukan termasuk:
- Mengecat dan membersihkan bilik sakit
- Menyediakan mesin tekanan darah, termometer, dan kit pertolongan cemas
- Menyediakan poster-poster pendidikan
Pada hari perasmian, kami turut mengadakan pelbagai aktiviti menarik seperti:
- Kiosk maklumat
- Pemeriksaan kesihatan asas percuma (ujian glukosa, tekanan darah, BMI)
- Kiosk kebersihan tangan
- Kiosk pemeriksaan payudara sendiri
Kami berharap sumbangan ini dapat memberikan impak positif kepada warga SGS dan meningkatkan kemudahan kesihatan serta pendidikan mereka.